Tempahan terus.
Tiada bertindih.

Laman tempahan homestay anda sendiri, segerak dengan Airbnb dan Agoda. Percuma untuk 1 unit.

Dibina dan diuji di homestay sebenar di Pontian, Johor.

Setiap tempahan Airbnb, anda bayar 15.5%.

Airbnb sedang memindahkan hos di Malaysia kepada yuran hos 15.5% sepanjang 2026. Bagi tempahan RM500, itu kira-kira RM78. Tempahan terus melalui laman anda sendiri: RM0 komisen.

RM78 setiap RM500

Semua yang anda perlu, tiada yang tidak perlu

Satu kalendar

Airbnb, Agoda, Booking.com dan tempahan terus dalam satu tempat. Tarikh dikunci serta-merta di semua platform.

Notifikasi segera

Dapat WhatsApp dan e-mel setiap kali ada tempahan baru, terus atau dari Airbnb, supaya anda boleh luluskan dengan cepat.

Tanpa komisen

Tetamu bayar terus ke akaun bank anda. Harga dikira oleh sistem, jadi tiada silap kira.

Untuk staf juga

Beri akses kepada staf, dengan kebenaran berbeza. Luluskan tempahan dari telefon, di mana-mana.

Resit bernombor

Resit dan bayaran balik dengan nombor berturutan, siap PDF untuk dihantar kepada tetamu.

Laman anda sendiri

namaanda.hauz.my dengan foto, harga dan butang "Lihat di Airbnb". Kongsi di WhatsApp dan Facebook.

Siap dalam tiga langkah

  1. Daftar homestay

    Masukkan unit, harga dan foto. Pilih nama laman anda.

  2. Pautkan kalendar

    Tampal pautan kalendar Airbnb atau Agoda. Tarikh segerak dua hala.

  3. Kongsi laman anda

    Tetamu tempah terus. Anda luluskan dari telefon.

Harga ikut bilangan unit

Tiada komisen. Satu rumah yang ada di Airbnb dan HAUZ dikira satu unit.

PercumaRM01 unit · segerak AirbnbSelamanya
ProRM49 /bulan6–10 unit · domain sendiriatau RM490 setahun
BisnesRM99 /bulan11–30 unitatau RM990 setahun
KorporatRM149 /bulan31 unit ke atasatau RM1,490 setahun

Bayar tahunan, dapat 2 bulan percuma.

Tiada bayaran sekarang. Kami tidak berkongsi maklumat anda.

Harga perintis untuk pelan Asas (2–5 unit) selagi langganan anda aktif. Jika anda berhenti dan kembali, atau bertukar ke pelan lebih besar, harga pelan itu pada masa tersebut terpakai.

Soalan lazim

Bila saya boleh mula guna HAUZ?

Perintis bermula Januari 2027 untuk sebilangan kecil pemilik. Daftar awal untuk dapat tempat dan harga perintis.

Adakah saya masih boleh guna Airbnb dan Agoda?

Ya. HAUZ menyegerakkan kalendar dengan Airbnb, Agoda dan Booking.com, jadi tarikh yang ditempah di mana-mana dikunci di semua tempat.

Bagaimana tetamu membayar?

Tetamu bayar terus ke akaun bank anda dan muat naik resit. HAUZ tidak memegang wang anda dan tidak mengambil komisen.

Apa jadi jika saya ada lebih daripada satu rumah?

Harga ikut bilangan unit fizikal. 2 hingga 5 unit ialah RM29 sebulan, termasuk akses staf dan resit.